Ahad, 29 Jun 2008

Taruhkan Ia

Taruhkan ia
di atas helai kertas
Biar semua tahu
siapa patut beralah
dan siapa perlu undur
ke belakang (setapak lagi)

Jangan kalah taruhan
Nanti kekusutan
akal jua fikiran
( bakal jadi tak keruan)

Selasa, 17 Jun 2008

Omelan Si Anak Kecil

Terkumat-kamit
Bibir mungil itu
Antara dengar dengan tidak
Antara pasti atau tidak
apa yang diomelkan

Hentak-hentak kaki
minta perhatian dari orang sekeliling
Dibentak-bentak dalam hati
Emak abah tak dengar juga

Nikmat yang dikufurkan
Harta duniawi yang dicarikan
Takkan pernah ada hujungan
kalau tak ditetapkan sempadan

Anak kecil masih mengomel-ngomel sendiri
Tunggu emak
Tunggu abah
belum pulang-pulang lagi
Si bibik tak jaya hentikan rajuknya
" aku nak mak dan abah!" jerit hatinya
" susu botol rasanya tak sama" bisiknya pada diri

Dari matahari segan-segan memancar
sampailah senja malu-malu menjelang
Mak serta abah, lupakah anakmu di rumah?
berapa longgok lagikah pencarian mahu dikumpulkan?
anak kecil ini semakin habis kemanjaan
(pada si pembantu rumah)

Khamis, 12 Jun 2008

Jauh

Jauh
Jauh
Sangat jauh

Hendak datang
biar dekat
tapi tak dapat-dapat

Sukar kecapi maksud tersirat
susah dikorek makna yang terdapat
walau hati meloncat-loncat

Pusing sana
Pusing sini
sesat jalan tidak peduli
rasa sesak setengah mati
rebahkan diri saja
di permaidani insani