Selasa, 15 Julai 2008

Jangan Buat Lagi

Jangan buat lagi
Rasa sepi, rasa salah, rasa iri

Jangan lihat lagi
ke belakang
nanti langkah henti

Jangan ulang lagi
satu atau dua kali
(Kerana ) akan bermukimlah sebuah benci

Sabtu, 12 Julai 2008

Kelam

Kataku pada bintang
Jangan hilang, dan usah kurang

Katamu pada bulan
Cahaya biar terang, malap jangan jelang

Kau asmarakanlah diriku
ku mahu kembalikan inderamu

Ahad, 6 Julai 2008

Mengapa Belum Kahwin Lagi?

" Bila lagi?"
" Bukankah dah nak masuk 30?"
Sepasu ejek-ejekan
Sebelanga pertanyaan
Sebakul bebanan
Kata-kata tanya itu kekal ke malam
malah pulang pagi

Tak luak keyakinan diri aku
Tak kurang cantik di wajahku
Tak ke mana hidup indah punyaku

Kenapa orang keliling suka tusuk sana-sini?
Kenapa jiran-jiran terus-terusan tanya soalan?

Bala tentera waktu masih sama bilangan
Pasukan penyelamat jiwa perlu datang segera
Sebelum aku hilang bilangan askar-askar sabar
Bila mereka tanya
"Mengapa masih belum kahwin lagi?"

Jumaat, 4 Julai 2008

Mungkin Bukan Takdir Kita

Dengarkan ini sayang
Lontaran kata jiwa
Jeritan terus dari hati

Makin aku cinta
Makin aku setia
Makin aku sengsara
Jujur ini ada harganya

Mungkin ini takdir kita
Tersurat, tertulis diagak tiada

Mungkin bukan kemenangan kita
Kekalahan dijangka tidak
Kekhilafan terlihat ( banyak)

Pergiku jangan dikesal
Datangku usah dikenang
Bayangku jangan dikejar
Mimpiku jangan kau bertandang

Selasa, 1 Julai 2008

Akhir-akhir Ini...

Sering saja terperanjat
Kadang pula pura-pura takut
pada bayang-bayang silam

Tekanan datang
Tekanan pergi
Gundah menerpa silih berganti
Gelisah yang ada makin membusung
hari demi hari

Akhir-akhir ini
selalu rasa kurang pasti
sering bertamu pemikiran sangsi
Sekejap rasa indah
Sekejap rasa kejelekan lekat
(di sebelahku ada dia)