Rabu, 24 September 2008

Kisah Budak Darjah Lima

Aku boleh terbang
waktu malam hari

Aku boleh jadi isteri nombor dua
kalau aku mahu

Aku suka monyet
yang warna coklat pekat

Aku gemar cakap laju-laju
Cepat-cepat
Macam orang bijak

Aku tak takut pada momok-momok jadian
Aku lebih gerunkan keajaiban
yang kekalnya sekejap

Aku budak yang polos
Yang dengar kata bila-bila masa
Yang menangis bila disebat dengan kehilangan

Selasa, 16 September 2008

Bila Sakit Hati Menerajang Kewarasan

Aku masih di pejabat
Habiskan baki-baki kemalasan, hasil penangguhan

Barangkali aku benar sibuk
Mungkin juga aku jengkel
dengan tuntutan hidup

Hampir tak daya
Hampir tak mampu
Kerjakan dunia ini
Ketahui hakikat cuma untuk menelanjangi kebenaran

Pemikiran jelek
Tanggapan bodoh
oleh bangsat-bangsat mukabumi
Sudah cukup hitungan

Aku penat
Bila noktah itu akan sampai
Berhentikan anasir-anasir degil
yang hinggap di otakku

Kisah Sedih

Bertarikh 22 April, 2008; Aku terima utusan ini:

" wahai aida
apakah alamat surat elektronikmu??
aku mahu kirim cerita dari zaman sebelum masa
pasti kau suka.....
jika kau mahu sukainya... "

Bermula dari situ, satu kisah tercipta, bukan dongengan, bukan buatan penglipur lara yang dahaga cerita.

Satu perhubungan terjadi, satu perasaan yang bagus sudah terbit, dari hari ke hari.

Tiga bulan hubungan itu berjalan, malapetaka datang. Dia tak dapat lagi tanya khabar, apatah lagi kunjung datang. Bukan salah siapa pun.

Aku kira aku betul, aku sangka aku sudah lupa dia, tapi mana mungkin itu benar.

Aku sayang dia. Oh Tuhan penguasa alam, tolonglah aku. Aku mahu temui dia. Mahu

Ahad, 7 September 2008

Pantun Entah

Kata tak berperenggan
Perumpamaan tiada akhiran
Kau kuanggap sang bulan
Bawa sinar di hujung jalan

Berdiri atas paksi kasih
Bernaung atas istilah cinta
Bila sayang dibuang sisih
Jiwa tersadung, hati meronta