Khamis, 27 November 2008

Yuk! Ikut Aku!

Walau gelap, aku masih boleh nampak jalur cahaya itu
Yang boleh kita ikut
Ke sini kau, mari bontoti aku
Ke ruang lebih bebas, lebih banyak pilihan jelas

Aku tahu tempat yang kita boleh tuju
Di situ banyak pari-pari cinta
Yang boleh kipaskan kau kalau kau panas
Yang mahu picit kepalamu, kalau kau pening dengan perangai setanku

Ikut aku, jangan degil!

Jumaat, 21 November 2008

Bila Aku Jatuh

Tergelincir di simpang asmara
Sakitnya bukan kepalang
Terduduk di pojokan rindu
Deritanya bukan main

Rabu, 12 November 2008

Mari Teruskan Perjalanan Fikiran

Kau dan aku sama
Dua-dua tersadai lara
Enggan diuji lagi
Oleh malaikat iri hati

Nafsu mencengkamku
Ilham memburuku
Akal belum sempat membunuhku
Aku masih punya waktu

Nah!
Ambillah diriku yang baru
Yang lurus
Yang tulus
Walau bukan semua khilaf dah hapus

Mari berpimpin tangan
Ayuh teruskan perjalanan fikiran.

( Yang terlarang itu godaan, sesungguhnya)

- Di suatu pagi nan hening, sebaik diri diasmarakan. Bangsar, KL.

Rabu, 5 November 2008

Jampi

Aku dijampi nafsu
Disumpah cinta
Digelangi asmara

Bertahanlah.