Rabu, 31 Disember 2008

Peti Simpanan Suara

Dipanggil tak dengar
Dijerit tak bersahut
Dicari tak jumpa
Disayang tak ketahui

Cuma yang tinggal
Cuma yang ada
Cuma yang berbaki
Hanya peti simpanan suara dia
Cara untuk dengar suara

Sakit, aku sakit.
Raga dibantai, jiwa disebat rindu.

Selasa, 16 Disember 2008

Tak Perlu Metafora!

Bayangkan kecantikan dia
Gambarkan rupa jiwa
Luahkan apa kau rasa
Perlukah metafora melampau?

Aku rimas.

Khamis, 4 Disember 2008

Jangan Pernah Sebut Namaku

Kalau nanti sudah kau sedar
Kalau nanti sudah kau tahu
Kalau nanti sudah kau rindu
Jangan pernah sebut namaku

Jika besok baru kau lihat
Jika besok baru kau perasan
Jika besok baru kau sesal
Jangan pernah panggil namaku

Sudah terlambat.