Rabu, 21 Januari 2009

Telanjang

Perbaringan yang nikmat
Aku rasa hebat.

Pejam mata.

Selasa, 20 Januari 2009

Ambillah Sapu Tangan Aku

Kesatan tangis waktu kau tak ada
Kumpulan sendu bila kau dah pergi
Saksi bengkakan mata saat kau tinggal aku
Ah! Sakitnya

Aku bukan mahukan apa-apa
Aku tidak hendakkan harta kau
Aku cuma mahu tuntut hadiah itu
Yang makin berhabuk di hati

Hingusku makin pekat
Deritaku memangnya berat
Rinduku tambah sarat
Sakitku tak ada obat
Tangisku berjela tiap malam pekat.

Ambillah sapu tangan aku
Saksikan sendiri dengan bola mata kau.

Jumaat, 9 Januari 2009

Bila Keringat Kita Bersatu

Saat bibir kita bertaup
Erangan menerpa
Ke kanan, ke kiri, ke atas, ke bawah.. kita mengengsot

Turun naik nafas kita
Keringatan tubuh kita
Bergabung tenaga kita
Capai satu matlamat sama
Tuju ke puncak sana

Sudah sampai.

Rabu, 7 Januari 2009

Makin Membusung Benciku

Benci!
Pada setan-setan keparat
Pada bangsat-bangsat mukabumi
Pada nyawa-nyawa tolol
Berambus semua!

Jangan kejar aku lagi
Jangan ekori aku
Jangan hampiri ragaku
Jangan dekati imanku
Pergi!