Jumaat, 25 September 2009

Lagi

diluah sakit jiwa
ditelan makin parah
(kau sebabnya)

hati aku- sudahlah rosak, kau kelar pula
kewarasan aku - sudahlah tiada, kau cantas juga
(tak henti-henti)

Selasa, 1 September 2009

Cinta Kamu Hari-Hari

siapa bilang rindu dah hilang
saat cintaku mengangkat makna
siapa bilang kasih dah kurang
saat jiwa masih merana

semilir angin, temanilah aku
lalui malam-malam kosong
lintasi jalan-jalan hitam (penuh noda)
tatkala hati ingatkan dia

bertempatkah baki-baki kewarasanku?
serasa mahu kubunuh kesendirian ini
tapi mana mungkin
kerna aku cinta kamu hari-hari