Ahad, 3 Januari 2010

Ini Bukan Olok-Olok

(Seperti yang kutuliskan untuk Khairul Nizam Mois tahun sudah)

dua pasang mata
dua wajah
berserta dua jiwa
resah datang pulang pergi

bermusimkah rasa ini?
makin bersarangkah?

aku bukan jagoan cinta
bukan jua wira sanubari
batinku penuh noda
jiwaku bersalut nafsu
yang noktahnya tiada

kau datang
aku undang
menjulang makna sayang
memikul maksud cinta

ku mohon
kau akhiri rindu yang menyengat
ku doa
kau henti derita yang melarat

ku hendak
ku ingin
kau damping
diri aku
kerana
ini bukan olok-olok

* Jalan Kapas, Bangsar, 5 Jun, 2008