(Seperti yang kutuliskan untuk Khairul Nizam Mois tahun sudah)
Dua pasang mata
Dua wajah
Berserta dua jiwa
Resah datang pulang pergi
Bermusimkah rasa ini?
Makin bersarangkah?
Aku bukan jagoan cinta
Bukan jua wira sanubari
Batinku penuh noda
Jiwaku bersalut nafsu
Yang noktahnya tiada
Kau datang
Aku undang
Mengangkat makna sayang
Memikul maksud cinta
Ku mohon
Kauakhiri rindu yang menyengat
Ku doa
Kau hentikan derita yang melarat
Ku hendak
Ku ingin
Kau damping
Diri aku
Kerana
Ini bukan olok-olok
* Jalan Kapas, Bangsar, 5 Jun, 2008
5 Komen:
Salam Aida,
"beruntunglah kamu".
Aku yang rugi.
So beautiful. Classic. Never knew things like this still exist these days..
Thank you Didie dear
siapakah khairul?
Post a Comment