Jumaat, 26 Mac 2010

Gaun Merah

kau tergoda lagi
gara-gara gaun merahku
loloskan terus renunganmu itu
sampai terbunuh akal sihatmu

liuk lentuk itu
aku cuma buat-buat saja
siapa sangka kau tewas juga
ah segannya!

malam semakin nakal
logikamu ke mana lesapnya
ya sudah!
ke mari kau sayang
ambillah hadiahmu

Rabu, 24 Mac 2010

Jangan Macam-Macam

kamu itu
kalau di depanku
biar gila-gila
tidak apa-apa

tapi
kamu itu
kalau di belakangku
jangan macam-macam

tak usah keluyuran terus..

Isnin, 22 Mac 2010

Pendek

aku mahu tuliskan satu puisi untuk kau
yang pendek saja
sambil minum kopi
merapik yang bukan-bukan
sampai kau bosan