Friday, March 26, 2010

Gaun Merah

Kau tergoda lagi
Gara-gara gaun merahku
Loloskan terus renunganmu itu
Sampai terbunuh akal sihatmu

Liuk lentuk itu
Aku cuma buat-buat saja
Siapa sangka kau tewas juga
Ah segannya!

Malam semakin nakal
Logikamu ke mana lesapnya
Ya sudah!
Ke mari kau sayang
Ambillah hadiahmu

7 Komen:

faziz ar said...

aku mahu menagihi hadiah darimu kapan bila aku dapat?
gaun merahmu
memerahkan hatiku...

Zawawi Aziz said...

Salam.

Puisi tanda ketewasan seseorang pada gaun merah, hebat juga.

Exotica said...

Jangan rendahkan kuasa sepasang gaun...

Admin said...

salam,hai.awak nak buat gambar dalam sulaman x?boleh letak kat baju ,atau framekan.cubalah tengok kat http://mumcollections.blogspot.com .mana tau ada yg berkenan.
saya ada follow blog awak.nanti sudilah follow saya ye.
sorry tadi salah

Admin said...
This comment has been removed by the author.
Sloeko loe said...

tumpang baca.

diksi said...

Salam Aida,

"kembali menikmati hasilan mu".