Khamis, 23 September 2010

Pabila Rindu

malam-malam yang sendiri
jengkel aku jengkel
lambat lagi kau pulang
jarum minit tak sepantas jarum saat

jam satu pagi, ke sini lagi
ayoh coba, dongak ke langit
sedangkan bintang iri akan bulan
sinari aku yang sepi

ke mana aja otakku kembara
ke Eropah Timur apa iya
segendong resah tak tertahankan
pabila rindu. Engkau