Khamis, 25 November 2010

Kala Hujan

kala hujan
usah pernah tadahkan tangismu
biarlah basah, biar tumpah
jangan bersisa derita itu

kala hujan
dongaklah ke awan dengan nikmat
dalam hati tak rasa terjerat
walau hati rawan yang amat

kala hujan
luar tingkap kulihat jelaga
malu-malu menakung bahagia
tertunggu-tunggu datangnya suria