Khamis, 16 Jun 2011

Rejamkan Ke Laut

*tulisan Khairul Nizam Mois, 12hb Jun 2008

rejamkan ia ke laut
rejamkan ia ke hutan
rejamkan ia ke orang-orang ramai

rejamkan ia kepada daun-daun
rejamkan ia kepada angin
rejamkan ia kepada air
rejamkan ia kepada rumput-rumput

perasaan gila ini
datang sekuat badai gila
merobek hatiku seperti serigala jadian

sudah sampai masa

rejamkan ia jauh-jauh
sejauh yang ku boleh rejamkan
sejauh yang mungkin
sampai tecabut lengan

tetapi
sudah tugasku mendoakan
supaya dia tunduk kepadaMu

kerana itulah yang Kau mahu aku perbuat