Thursday, June 16, 2011

Rejamkan Ke Laut

*tulisan Khairul Nizam Mois, 12hb Jun 2008

Rejamkan ia ke laut
Rejamkan ia ke hutan
Rejamkan ia ke orang-orang ramai

Rejamkan ia kepada daun-daun
Rejamkan ia kepada angin
Rejamkan ia kepada air
Rejamkan ia kepada rumput-rumput

Perasaan gila ini
Datang sekuat badai gila
Merobek hatiku seperti serigala jadian

Sudah sampai masa

Rejamkan ia jauh-jauh
Sejauh yang ku boleh rejamkan
Sejauh yang mungkin
Sampai tecabut lengan

Tetapi
Sudah tugasku mendoakan
Supaya dia tunduk kepadaMu

Kerana itulah yang Kau mahu aku perbuat

0 Komen: