Ahad, 20 November 2011

Kalau Ada Wang Sejuta

aku mau beli fikiran kau. Biar sekecil buah pala, aku mau tahu apa isinya

Selasa, 15 November 2011

Hitam

aku tunggu engkau datang
ke Marikh bakal ku jelang
kalau engkau enggan pulang
macam itulah kau ku tatang

dengan dia aku iri
di sebelahmu dia berdiri
ku rindu kau sampai mati
walau kau tak punya hati

pandanganku makin gelap
duniaku makin malap
kenapa kau kasi hitam
kalau putih menggirangkan ...