Selasa, 7 Ogos 2012

Wira Bulu Tangkis

* buat tuan yang terutama,  Lee Chong Wei kesayangan semua



Dua puluh lapan juta (jiwa) disatu dalam semalam
di arena Wembley bertarung kudrat
harapan nusa sarat dikendong
cederanya masih utuh
tapi semangat tetap ampuh
 
Di atas sofa empuk berteriak, bertepuk
seluruh semenanjung hiruk pikuk
kami dukungi perjuanganmu Datuk
harap Maharaja China akhirnya tunduk

Saat servis bertukar tangan
degup jantung hebat berkejaran
wira kami di perbatasan
pingat emas sulung kami dambakan
mungkinkah Negaraku bakal kedengaran

Kaca televisyen jadi saksi
engkaulah idola hakiki
dengan kami kau tak berhutang lagi
lihat sajalah penyatuan ini

Duhai tuan,
santun pekertimu kami muliakan
air matamu kami hargakan
rekod jagoanmu kami agungkan
budimu; sepanjang hidup kan kami kenangkan
buat warisan sepanjang zaman
di tanah tumpahnya darah kita

Maaf darimu kami tak perlu
biarlah kalah, terdamping maruah
Perak di mata mereka
emas jualah kau di hati kami

7 ulasan:

Aishah Nur Hakim berkata...

*goosebumps*

he deserves this sis :)

Aida Kamsuri berkata...

Thank you my lovely Aishah. You've been an amazing support :)

dillazag berkata...

Good one Aida. He truly did us proud.

Aida Kamsuri berkata...

Thank you Dilla. This is the least i could do to show my gratitude

Rai_fuzz berkata...

A nice poem for the guy! Atlet yg layak dipanggil 'wira'..

Aliahni Azman berkata...

Maaf kesilapan ejaan yg ingin sya perbetulkan Dato not Datuk. Hihi
apa2 pun congrats utk Wira badminton kita Dato'Lee Chong Wei kerana da buat yg terbaik. Kami semua akn support Dato.:)
Dato ialah idola sukan sya.
Love u Dato !

Asang Da Condemnedemotion berkata...

satu jiwa. menyatukan bangsa. terima kasih. ini indah.