Khamis, 29 November 2012

Keropok Lekor Urban


Dunia makin palsu
yang tulen dicerewetkan
yang tiruan diagung-agungkan
entah sejak bila
nasi lemak diurbankan
keropok lekor dimodenkan
tapi aku tak kisah
sebagaimana mereka tak endah
yang pura-pura buta minta sedekah

*Chawan Bangsar, 11.55 pagi


Selasa, 20 November 2012

Cair


Mahukah kau ku ceritakan rasa asli dalam hati
asalnya nak ku rahsia sampai mati
dengan kalbuku dah sebati
walau fahaman kita tak seerti

Enam belas minggu dicagar harap
kau ku ingat tiap kali tiarap
rahsia ini gagah ku perap
hatiku mabuk bila kau ditatap

Indah nian sapaanmu
maha indah tona suaramu
jasad ini cair padamu
maknailah aku buat dirimu