Sabtu, 30 Mac 2013

Tak Berani

Terperosok di pojokan kamar
bak anak cilik merajuk tak dibeli mainan pistol
dalam hati ngomel sendiri
"Aku butuh pujukan!"

Makin lama dijeruk rasa
makin tak ada yang meladeni
kian digumam geram yang melarat
tambah tak terfikirkan takdir yang datang selepas fajar
gelapkah di barat
suramkah di timur

"Mampukah aku beralah?"
kumat-kamit mengejek diri
dilawan mati akal
menyerah ku tak berani.

2 ulasan:

Aishah Nur Hakim berkata...

Ini rupanya yang bernama: rajuk dipujuk sendiri.

Aduhai.
sakit hati, jadi mati.

Aida Kamsuri berkata...

Adikku Aishah!

Rajuk hati rawat sendiri!