Selasa, 23 Ogos 2016

Nikmat

Senja itu, seorang ibu menerjahku. Pakuan mataku di kaca TV langsung terhenti. “Kapan kali terakhir kau cium sejadah?” tingkahnya. Membatu seketika. Masih lagi tumpuanku di atas “Duda Terlajak Laris”. Hati berkata, gahnya ciptaan Tuhan ini - Idris Khan bintang utama. Oh, otot pectoralis beliau ketara sekali. Meow.
 
Tuhan? Eh, boleh pula aku sebut nama Tuhan. Terasa macam tidak kena. Tikar sembahyang pun entah letaknya di mana tapi berani pula tutur "Tuhan" dari mulutku. Sekadar memuji ciptaanNya, aku berkata menyedapkan hati.

Rasa tidak lengkap, meluru aku ke pili paip. Mungkin rasa lebih nikmat kalau aku sendiri jumpa Tuhan dalam solatku.

Tiada ulasan: