Sabtu, 29 Oktober 2016

Remuk redam


Tak ada angin
tak ada puting beliung
tiba-tiba kau dingin
emosimu sabung-menyabung

Aduhailah nyawa
kenapa begini jadinya
kasih sayang aku bawa
amarah balasannya ....


Jumaat, 28 Oktober 2016

Ketahuilah


Terkadang aku bagaikan mahu berlari ke arahmu. Ketahuilah olehmu bahawa tiap kali aku tidak berbuat demikian, aku hampir-hampir mahu.



Jumaat, 14 Oktober 2016

Pupus. Habis

Seanggun Rafeah Buang, seayu Uji Rashid
Sesempurna Kartina Dahari, seindah Ahmad Jais
Manakan ada pesona segemilang itu dewasa ini

Tahi semuanya
Melafaz rindu ibarat porno
Melagu sendu bagai sampah dalam parit

Tak ada tandingnya S Affendi
Tulisan sebegini tak lagi ku temukan
Kata "penuh sanjung dan kata merayu" sepertinya
memang t'lah pupus

Menangislah kau bahasa
Melayu.


Pantai Baru
Malam hidung tersumbat bagai nak gila
05:43 pagi

Denganmu


Denganmu angin ku mahu bersandaran
Denganmu matahari ku mahu pacaran
Denganmu rembulan ku kirim pesan
Denganmu hujan ku mahu jalan-jalan


Nove Mesto, Praha
05:46 petang
16 September 2016

Hari-Hariku di Budapest

Hari indah bermula mudah
Sebaik bangkit kau senyum tanpa gundah
Dunia serasa makin pemurah
Bila kau tak serba salah


Ferenceck Tere
Budapest
25/9/2016
13:40