Selasa, 20 Disember 2016

Soal Jawab

Aku: Bolehkah kalau engkau tak tinggalkan aku?
Dia: Sekarang atau selamanya?

Aku: Kau tak perlu beritahu ke mana mahu kau pergi dan apa yang kau lakukan.
Dia: Bukan. Aku hanya mahu supaya kau bisa mencariku kalau kau perlukan aku.

Aku: Elok tak begini berkemban kain batik?
Dia: Elok. Tapi lebih elok kalau kain tu jatuh.

Aku: Aku sering memikirkan tentang apa yang telah kita lakukan bersama.
Dia: Memikirkan dengan penyesalan?

Aku: Aku suka gambar profil kau di sini.
Dia: Aku pilihnya kerana kau.

Dia: Satu-satunya perkara yang menyebabkan kejayaan berpihak kepada yang jahat ialah pabila orang-orang yang baik hanya berpeluk tubuh. Itu kata Edward Burke.
Aku: Aku tak kenal Edward Burke, tapi aku akan.

Aku: Kau rindu pada aku tidak?
Dia: Lebih dari yang kau tahu.





Tiada ulasan: